Friday, May 1, 2009

S.E.N.D.I.R.I

sunyi.. sepi.. sendiri.. lonely...

penah tak korang rasa sunyi dlm hidup korang?
mungkin ada yg tak penah rasa kot.

hmmm... dulu masa kecik2 masa tu aku masih sekolah rendah lagi, aku rasa eeeiii menyampahnya nak pegi sekolah, nak buat keje sekolah. masa tu aku pikir, bestnya kalau dah besar, dah keje, ada keta sendiri... mcm mana agaknya rasa masa tu???

bila naik sekolah menengah, aku masih rasa camtu. alangkah bestnya kalau aku dah besar, dah dewasa, tak perlu pegi sekolah lagi, tak perlu belajar..

masuk je kolej, dpt pulak dok asrama, jumpa dan kenal ramai kwn2 baru. pemikiran pon dah berubah. masa tu pikir mcm mana kehidupan aku nnt. apa keje yg aku akan buat nnt? aku masih hidup susah ke? aku masih seorang ke? dpt ke aku abiskan pengajian aku ni? boleh ke aku buat mak aku bangga? bla bla bla...

bila umur nak masuk 20thn, member2 aku kata time nak cr pakwe nih.. huh! ye ke??? aku tgk member2 aku masing2 dah mencari bf. bf diorang pon study kat kolej yg sama. hmmm... aku pikir diorang nih nak belajar ke nak bercinta.. sesuai ke time2 camni bercinta? hmmm lantak la diorang... pd aku it is not the right time! yg penting, study, study, study la wei!! hohoho!

skrg dah 31thn.. rasa dah tua sgt dah... dan aku masih sendiri! bf? takde.. ntahla, bila tgk member2 sebaya skrg ni masing2 tgh mengawan (hehehe... sori la ye..) utk tambah anak, aku rasa mcm dah jauh ke belakang diorang tinggalkan aku. Jauh jauh jauhhhhh sesangat... hmmm...

apa la aku ni... jodoh kan Allah dah tentukan. jgn mengeluh wahai diri. kuatkan iman. tabahkan hati. kita tak nampak hikmah disebaliknya.. baik pd kita, tak semestinya baik pd Allah kan. Kdg2 terpikir knp Allah temukan aku dgn mereka yg hanya dtg, singgah dan terus pergi menghilangkan diri drpd hidup aku.. kenapa ye??? Allah je yg tahu.

aku selalu terpikir, tak layak ke aku utk merasa bahagia mcm org lain? ada keluarga sendiri.. ada anak2.. hmmm... sok aku dah tua, kalau aku sakit, sape nak jaga aku? harta aku (kalau ada la) nak bg pd sape ye? hmmm ...

that's why aku teringin nak ambil anak angkat. kalau nak tunggu aku kawin, ntah bila la agaknya. kesian mak aku. mesti dia risau aku masih sendiri sampai skrg. mmg mak tak penah ckp apa2 tentang perkara tu tp aku tahu. mak tamau kecikkan hati aku. bkn aku tatau, kat opis mak, kwn2 mak selalu tanye psl aku. maklumla, aku ni dr tadika hingga abis sekolah rendah, opis mak jadi tpt lepak aku. kwn2 mak aku lihat aku membesar. hmmm aku tak salahkan diorang bertanya cuma eloklah jika tidak bertanya. sbb jwpn pd soalan 'bila kau nak kawin?' tu, hanya Allah je yg tahu. aku sendiri pon taktau..

oklah, nnt smbg lagi. cau cin cau!

3 comments:

  1. Insyaallah... Kalau jodoh x de kat dunia.. Pasti allah sediakan kat akhirat... Bykle berdoa ya adikku...

    ReplyDelete
  2. Kebahagiaan ada dimana-mana asalkan kita rajin untuk mencarinya. Usahlah terasa lemas dalam merungkai dasar hati dan perasaan kerana perjalanan ini masih terlalu jauh untuk ditempuhi. Tabah dan sabar adalah bekal kepastian kerana kita tak akan rugi berkawan dengan pengalaman.

    ReplyDelete
  3. kak ct n nik, terima kasih ye..

    psl jodoh, sy tetap percaya pd pilihan yg Allah dah tentukan utk sy kak..

    kebahagiaan tu terlalu subjektif nik.. bersikap positif pon satu kebahagiaan.. senyum pon kebahagiaan.. duit, harta, shopping pon kebahagiaan.. tp sume tu kebahagiaan dunia je.

    kebahagiaan akhirat yg ingin dicari.. kan kan kan...

    ReplyDelete