rasa lega bila aku dah halalkan hutang tu.
dah 2 tahun.. satu sen pun aku tak dpt balik duit aku..
hmmm... tak sangka jadi camni kan..
kalau nak kata aku ni tak sabar, aku rasa tahap kesabaran aku dah sampai ke tahap kebodohan dan kedunguan dah..
tunggu, tunggu dan tunggu...
harapan tinggal harapan.. bukan sikit jumlah yg aku tunggu tu..
mesej yg aku terima bila aku mintak hutang ialah "hei pompuan, apa lagi kau nak ha?" amat2 makan dalam. kejam. sadis. hancur. berkecai! Sampai hati dia.
Kata Dr. HM Tuah, Nabi dah pesan, kalau sayang berpada2lah, kalau benci pun berpada2lah. Biar semuanya bersederhana. Kerana benci boleh jd sayang.. sayang boleh jd benci. kita takkan menyangka orang yg kita sayang skrg boleh menjadi seorang yg 'sampai hati' satu hari nanti. hmmm... fikir-fikirkanlah.
Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran. Aku redha. Kau berikanlah petunjuk dan hidayah pd dia. Semoga tergerak hati dia untuk berasa belas pdku.. Amiiin.
Ntah dari mana kekuatan itu dtg, pd satu hari yg sgt tenang, aku berjaya melepaskan dan menghalalkan hutang dia pdku. Biarlah. Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Semua yg aku ada sekarang ni pun hanya pinjaman dari Allah SWT. Bukan hakku.
Terlalu byk masa telah dibazirkan. Sepatutnya masa2 yg ada digunakan utk mencari keredhaan dan rahmat Allah SWT. Bukan kenikmatan duniawi semata2. Ya betul, hanya jika kita niatkan bekerja kerana Allah, barulah kita dpt pahala. Tapi berapa ramai dari kita yg ingat utk berniat bekerja kerana Allah. Manusia hanya ingatkan Allah semasa susahnya bukan semasa senangnya. Kerana manusia itu mudah lupa dan leka. Termasuk aku.
Tiada siapa yg akan memahami apa yg dilalui. Kpd Allah shj aku panjatkan berbanyak2 doa. Hanya Allah yg memahami. Aku bermohon agar Allah ampunkan segala dosa2ku. Amiin.
k, c u all in my next post.. chow!
Sunday, July 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kita sering tak dapat apa yang kita pinta....tetapi jangan lupa Allah sering berikan apa yang kita perlukan....Dia lebih tahu segalanya.
ReplyDelete