Dah lama rasanya aku tak meng'update' blog ni.. mlm ni tiba2 rasa mcm ada mood sikit. hehe..
lagi beberapa hari umur aku akan bertambah menjadi genap.. hmmm camana ye??? belom nampak kemajuan dlm hidup ni.. maksud aku dari segi status nih.
aku tahu, mesti ada dikalangan rakan2 dan teman2 yg akan tersenyum, tertawa dan tak kurang senyum sinis pada aku bila aku membicarakan soal ni. tp nak buat camana.. walau aku tak ingin memikirkan, tp tetap terpikir mengenainya. lagipon, aku ni bkn semakin muda kan tp semakin tua. huhuhu...
baru2 ni ada citer tajuk dia 'bonanza'. ala, yg erra fazira main tuu. kelakar tol. kaklong jugak. adik beradik 3 org. adik2 dah kawin. masing2 tgh mem'buyung'. hehe.. dahtu, mak dgn adik2 erra ni, sibuk nak carikan jodoh untuk kaklong dia (si erra lah)..
kaklong dia ni bagus. at least, setiap blind date yg adik2 dia aturkan, dia pergi dan jumpa. adik2 dan mak dia teruja (excited) nak carikan jodoh utk kaklong dia sbb kaklong dia offer hadiah bonanza (i.e. sebuah kereta) kpd sape2 yg berjaya buat dia kawin.
dlm masa yg sama, erra berkawan dgn sorang lelaki yg merupakan jiran dia. sbnrnya, sebelum dia tahu lelaki tu jiran dia, dia selalu bergaduh dgn mamat ni. mamat ni pulak sbnrnya mmg suka kat erra ni. akhir citer, erra pilih lelaki tu sbg pasangan hidup dia.. end..
ok. apa yg aku dpt lepas tgk citer ni? cuba teka..
Ya! mak aku dpt satu idea! iaitu hadiah BONANZA! hahahaha!!!!
mak.. mak.. cpt sgt terpengaruh dgn citer drama.. aku yg tersiksa. elok2 aku tak pikir, jd terpaksa pikir. pikir pon nak buat ape. bkn dtg pekdah pon. bknnya dgn memikir jodoh tu leh dtg dpn mata kan???
hmmm... rimas! lemas! malas!
kesimpulannya... jodoh ditangan Allah SWT. tugas kita sbg makhlukNya cuma terus berusaha (tak tahula camana), berdoa dan bertawakal. Jgn lebih2. Betoi tak?
k la.. adios!
Saturday, October 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perempuan yang baik utk lelaki yang baik, lelaki yang baik belum di ketemu lagi lah tu..sabar..eftie
ReplyDeletethanks kak.. betul la tu.
ReplyDelete