Dari dulu aku cuba cari tarikh kelahiran aku dalam tahun Islam.. akhirnya dlm fb aku boleh dapatkan tarikh lahir aku dlm bulan Islam..
hehehehe... ramai gak yg guna application nih dlm fb..
Apa katanya??? Meh baca..
Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 23 Zulkaedah 1398 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu.
Maksud : Diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
Sifat : Seorang yang pendiam. Mempunyai banyak perkara baik pada diri anda dan kadangkala berubah menjadi kurang baik. Anda seorang yang banyak berfikir. Disebabkan sifat ini, satu hari nanti anda akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupan. Tetapi, disebabkan banyak berfikir, kadang kala anda menjadi keliru. Anda seharunya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Hahahaha! Sekadar bacaan. Bak kata Dr. HM Tuah, tak wajib betul tp harus salah.. faham tak?? tak faham ke? hmmm... takpelah, next time aku explain k.
Wednesday, December 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment