Saturday, April 24, 2010

PEKA..

Salam..

Dah lama cuti dr menulis ni. mmm.. malas pun ada. fed-up pon ada.
salah satu sbb ialah bila ada yg tak peka dgn keadaan org lain..

Kita hidup dlm dunia ni jgn la hanya pentingkan diri sendiri. Kena jugak jaga hati dan perasaan org lain.

Contohnya, BLOG yg kita cipta mengikut citarasa kita, mengikut kata hati kita, senang kata, yg kita buat ikut kepala kita sendiri!

Ada org tulis blog untuk tatapan public. Semua org boleh baca. Tapi ada juga org yg buat blog hanya utk tatapan dirinya sendiri dan rakan2 yg rapat dengannya.

Kita kena respect / menghormati hasil blog org lain seadanya. Tak perlu kita komplen atau kutuk hanya kerana tak ikut citarasa kita.

Contohnya, ah, tak suka lah, susah nak baca, susah nak tengok, kenapa background hitam? kenapa tulisan kecik sgt? kenapa itu? kenapa ini? bla bla bla... mcm mak nenek!

Taknak baca sudah! Delete je. Mungkin intention nya nak bg nasihat. tapi agak2 la.. mcm la blog yg tukang komplen tu, cantik dan menarik sgt! Kan masing2 ada cara sendiri.

Kadang2 lebih baik berdiam dari bercakap. Byk bercakap, bykla bohongnya. Byk bohong, bykla dosanya.

Apa yg kita rasa sempurna dimata kita, tak semestinya sempurna disisi Allah! Mungkin didunia kita ada segala-segalanya. Tapi jgn lupa, ia adalah dugaan dan ujian dr Allah. Samada kita akan rasa takbur, sombong dan bongkak dgn kesempurnaan yg kita ada atau sentiasa merendah diri dan bersyukur kpd Allah dgn apa yg ada.

Sekadar nasihat dan renungan bersama. Untuk diri sendiri dan kwn2..

Hanya Allah yg tahu!


Adios!

No comments:

Post a Comment