Thursday, May 13, 2010

Kenapa??? Arrgggghhhhh... STRESS!


aku tak paham! kenapa mak suka marah2?? apa lagi arahan2 mak yg kitorang ni, anak2 dia tak ikut? apa lagi yg tak kena?

suruh itu, kita buat. suruh ini, kita buat. pergi sana, pergi. pergi sini, pergi.

* aku dan adik aku, hari2 terbangun jam 5 pagi. sbb tepat kul 5 pg, mak dah menjerit. KAKLONG! KEJUT NUA! knp mak tak jerit, NUA! BANGUN! bangun terkejut, pening kepala la jdnya!

* mak suh kemas rumah, tp pd masa yg sama, sape yg suka buat sepah? bila aku kemas, Eh, yg tu jgn buang, yg tu kau nak letak kat mana, yg tu kau nak buat apa??? bla bla bla...

* hari2, lepas balik keje, lepas solat maghrib, aku akan basuh pinggan (kalau ada) pastu sblm tidur, basuh lagi (kalau ada) tp selalunya, sblm sempat aku turun nak basuh pinggan, mak dah jerit.. KAU TAK RETI KE NAK BASUH PINGGAN NI??? AKU DULU KEJE JUGAK TAPI BOLEH GAK MASAK SIAPKAN SEMUA BENDA!

aku bkn tak syg mak aku. kalau tak syg dah lama aku lari dari rumah. dari dulu lagi cita2 aku nak lari dari rumah. agaknya, kalau aku takde kat rumah ni, mak rasa lega. mak tak tension. mak tak stress. takdela mak nak marah2. semua benda mak boleh siapkan sendiri.

ntahla, kalau balik kg, aku ada tokmak aku yg amat memahami keadaan aku. kat kg, mak takleh nak marah2. sbb tokmak ada. kalau dulu masa arwah atok abah ada, mak mesti kena marah balik. hahaha! hmmm... rindu kat arwah atok abah.. Al-Fatihah.

pelik kan.. aku kdg2 rasa mcm bukan anak mak je.. ntah anak pungut mana ntah! dari kecik sampai dah tua mcm ni, perasaan aku sama..

aku ingat lagi, dulu kalau masa aku merajuk, aku naik masuk bilik, kunci pintu, diamkan diri. bila mak panggil, aku tulis kat dinding, "kaklong dah mati!"

huk.. sedih!


4 comments:

  1. Adik........I wish I talk to you on this..
    don't ever berprasangka buruk dan jangan ambil
    hati apa yg mak cakap..apa hak kita utk buat mcm tu....

    But thanks a good sharing on how I should treat my first daughter Kak Long.. eftie

    ReplyDelete
  2. Kak, thanks!

    sy bukan apa kak, tengah marah dan geram. sbb tu tulis camtu.

    sy mengaku sy bkn anak yg baik. tp kdg sy tak tahan. takde org yg boleh dgr citer sy. sbb tu sy menulis. sy tak melawan mulut dgn mak. sy diam je. tp tangan sy laju je menulis.

    kalau sy simpan, tatau apa jd kat sy.

    don''t wori, sy akan cari jln mengatasinya. Insyaallah!

    ReplyDelete
  3. Cuba cara ini:- masa mak tengah marah2 tu, kita komunikasi dengan ALLAH - " ya ALLAH, maafkan aku ya ALLAH, aku tak boleh dengar mak marah2 ya ALLAH, tolonglah buat mak cool ya ALLAH, terima kasih ya ALLAH...." cubalah, kita sebenarnya kurang berkomunikasi denganNYA... sebenarnya dalam apa jua masalah yang kita hadapi kita kurang berkomunikasi dengan ALLAH, kita cuma sering ber "mind chat" sahaja. Cuba gantikan mind chat tu dengan komunikasi dengan ALLAH, cubalah, lihat dan rasa sendiri kesannya....insyallah. Tak ada ruginya mencuba perkara yang baik....

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah. Terima kasih ye. nnt sy cuba bertahan.

    ReplyDelete