Salam..
Hari ni dah 16 hari adik aku terlantar kat hospital.. accident motor dgn lori. mengikut kata saksi, lori tu tak salah. ada satu keta camry yg buat adik aku terkejut dan terus melanggar lori yg sedang berhenti di tepi jalan. lori panjang tatau brp tan.
Abg Mat, kwn azrin, kebetulan lalu tpt kejadian dan berhenti utk menolong. Tapi dia tak perasan langsung yg mangsa kejadian ialah adik aku, kwn dia. Kesian Abg Mat, rasa bersalah pd azrin terpancar di wajahnya.. bukan salah abg mat pun.
Hari Pertama
Hari Khamis, 24/6/2010 jam 5.30 ptg abah dan su (adik ipar aku) terima call dari pihak plus dan ambulance memberitahu azrin accident, cedera parah. menangis2 abah dan su. aku dgn tenang memberitahu mak dan anuar (adik aku yg last). aku tanak mak terkejut.
Jelas, sesampainya aku di rumah, aku lihat mak dan anuar masih terkejut. murung. sedih. masing2 hanya mendiamkan diri, berdoa pd Allah dan sedekahkan al-fatihah byk2 utk azrin. Kami menuju ke Hospital Sg. Buloh. Sampai disana, kami terlihat abah, su dan apek. Mereka kata azrin telah dibawa ke Zon Merah iaitu zon kritikal.
Ya Allah, selamatkan adik aku! Aku tahu adik aku bkn jenis yg bawak motor laju. Dek krn sygkan bini, dia sanggup naik motor dan biarkan su naik keta dia. Kami memang dr dulu tak benarkan dia naik motor. Azrin sebenarnya takut naik motor! Sedang test motor jalan atas tebing pon dia boleh jatuh!
Selepas X-ray dilakukan, didapati otak nya telah bergegar dan ada kesan otak bergerak ke tempurung kepala. Tangan kanan patah. Selain dr itu, hanya luka dan calar-balar di seluruh bdn. Sementara menunggu keadaan azrin stabil, aku dan su balik ke rumah dia di rawang.
Abah call. Azrin akan dipindahkan ke wad neurologi (wad kepala). Sesampai aku di hospital semula, aku dan su terus ke wad. Wayar penuh dibadan. Dia menggelupur kesakitan. Tgn dan kaki diikat kiri & kanan. Dia mengerang kesakitan!
Kami tidak dibenarkan menunggu. Sebaik sampai di rumah, anuar buka cerita. Sayu hati dia bila di zon merah td, masa nurse masukkan tiub air kencing, azrin pandang straight ke mata anuar dan menjerit "Nua, sakit!" "Nua!" "Nua!" "Tolong Nua! Sakit!" Serta merta air mata lelaki berguguran.. Semalaman nua tak boleh tidur memikirkan abg dia sedang kesakitan. Terngiang2 jeritan abg dia..
Hari Kedua
Waktu melawat 12.30 tgh hari - 2 ptg dan 4.30 ptg - 7.30 mlm. Sampai hospital terus ke tingkat 7 wad 7B katil 15. Punyalah ramai org kat situ. Rupa2nya, rakan kerja azrin dr Bina Goodyear yg dtg. Semua ada. Mr Leow (ayah angkat dia), Mr Teo (site mgr), Mr Bala, Mr. Phua (project mgr), Dayat, Razi, Ghafar, Sukmat, Kak Zila, Apiz dan ramai lagi. Tak terkira dan terbalas rasanya kunjungan dan doa dr kwn2 azrin sekalian. Terima kasih pd semua yg datang melawat.
Tak putus2 kwn2, rakan sekerja, ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dtg melawat dan beri sokongan pd azrin. Terima kasih semua.
2b continued..
Friday, July 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Adik, I had go-thru this experience...be straong, hanya doa dapat menenangkan mu dik...
ReplyDeletethanks kak
ReplyDeletememang betol
mesti ada rahmatnya
bila jd mcm ni, hanya doa dan solat dpt menenangkan jiwa dan meningkatkan kekuatan diri
bila baca al-quran, hati rasa sayu sgt
oh, dah lama aku tinggalkan membaca al-quran
terasa berdosa kerana leka dan lalai kpdNya